Description
Super-Agreement mendedahkan strategi sebelum, semasa dan selepas satu Perjanjian di masuki oleh dua pihak yang berkontrak. Ia menjadikan anda lebih matang sewaktu menjalankan rundingan dan boleh mengurangkan risiko ditipu oleh conman atau scammer.
Dalam dunia perniagaan, Model OPM sering dijalan short-cut untuk satu perniagaan berkembang lebih pesat. Namun, mengambil modal daripada pihak ketiga perlu mengikut lunas perundangan dan Founder perlu lebih bertanggungjawab terhadap modal yang disumbangkan oleh pihak Pemodal.
Pelbagai model OPM boleh dipelajari dan diterokai agar anda memilih model yang tepat dengan objektif usahasama yang dibentuk.
Super-Agreement ini sesuai sekiranya ada ingin mendapatkan modal niaga secara jangka masa pendek tanpa menawarkan apa-apa saham syarikat.
Ia sesuai untuk:-
1)modal untuk memulakan perniagaan,
2)modal untuk menjalankan projek,
3) modal untuk satu produk baru
4) modal untuk membuka satu premis perniagaan
5) modal untuk membuka satu premis restoran
6) modal untuk menyempurnakan satu kontrak pembekalan
7) modal untuk menyempurkana satu kontrak Kerajaan dan sebagainya
Tetapi saiz modal yang diperlukan tidak melebihi RM100,000.
Sekiranya Founder ingin mendapatkan modal melebihi RM100,000 atau berhasrat mengambil modal niaga daripada dua atau lebih Pemodal, maka anda dinasihatkan mendapatkan khidmat peguam korporat yang mampu menasihati kerangka perundangan yang legit.
Template ini sesuai untuk Founder yang belum mampu melantik peguam dan membayar yuran guaman ribuan ringgit.
Reviews
There are no reviews yet.