Description
Super-Agreement mendedahkan strategi sebelum, semasa dan selepas satu Perjanjian Pengumpulan Dana di masuki oleh dua pihak yang berkontrak. Ia menjadikan anda lebih matang sewaktu menjalankan rundingan dan boleh mengurangkan risiko melakukan kesalahan undang-undang kewangan di Malaysia.
Dalam dunia perniagaan, model Fundraising sering dijadikan short-cut untuk satu perniagaan berkembang lebih pesat. Namun, mengambil modal daripada pihak ketiga perlu mengikut lunas perundangan dan Founder perlu lebih bertanggungjawab terhadap modal yang disumbangkan oleh pihak Pemodal.
Pelbagai model Fundraising boleh dipelajari dan diterokai agar anda memilih model yang tepat dengan objektif usahasama yang dibentuk.
Super-Agreement ini sesuai sekiranya ada ingin mendapatkan dana niaga secara bertukaran ekuiti saham atau perkongsian di dalam Syarikat anda.
Ia sesuai digunakan untuk saiz dana yang lebih besar dan jangka masa perniagaan yang lebih lama.
Pengumpulan Dana ini sesuai untuk:
1) Founder yang ingin kembangkan perniagaan utama
2) Founder yang ingin tambah modal operasi
3) Founder yang ingin kembangkan produk baru
4) Founder yang ingin tambah modal pengiklanan
5) Founder yang ingin kembangkan outlet atau cawangan
6) pengembangan sayap baru perniagaan
7) Founder yang ingin meneroka projek baru dan sebagainya.
Tetapi saiz modal yang diperlukan tidak melebihi RM250,000 (tertakluk kepada terma dan syarat).
Sekiranya Founder ingin mendapatkan modal melebihi RM250,000 atau berhasrat mengambil modal niaga daripada dua atau lebih Pemodal, maka anda dinasihatkan mendapatkan khidmat peguam korporat yang mampu menasihati menuruti kerangka perundangan yang legit.
Template ini sesuai untuk Founder yang belum mampu melantik peguam dan membayar yuran guaman ribuan ringgit.
Reviews
There are no reviews yet.